SEMARAK MUHIBBAH MADANI SKPPI | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » SEMARAK MUHIBBAH MADANI SKPPI

SEMARAK MUHIBBAH MADANI SKPPI

KOLEJ CANSELOR  –  Program Semarak Muhibbah Madani telah berjaya dilaksanakan selama empat malam berturut-turut dari 22 hingga 25 April 2025 di Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor anjuran Sekretariat Kerohanian, Perpaduan dan Pembangunan Insaniah, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Canselor. Program ini merupakan usaha murni untuk memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan pelajar melalui pendekatan seni dan budaya, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Sepanjang tiga malam pertama, pelbagai aktiviti berunsurkan seni dan warisan budaya telah dijalankan seperti Kaligrafi Cina, Tulisan Khat dan Kolam. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan keindahan setiap budaya, malah membuka ruang dialog dan kefahaman yang lebih mendalam antara kaum. Sambutan daripada pelajar amat memberangsangkan dengan kehadiran seramai 27 orang pada malam pertama, 40 orang pada malam kedua dan 37 orang pada malam ketiga.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Syed Agil bin Shekh Alsagoff, Pengetua Kolej Canselor, dengan kehadiran Encik Hanis bin Johari selaku pegawai pemantau serta para pelajar. Dalam ucapan beliau, Dr. Syed Agil menekankan pentingnya nilai toleransi, keterbukaan dan hormat-menghormati dalam membina komuniti kampus yang harmoni.

Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyemai semangat muhibbah dan perpaduan dalam kalangan warga Kolej Canselor. Melalui pendekatan seni dan budaya, peserta berpeluang memahami dan menghargai kepelbagaian yang wujud dalam warga kolej. Inisiatif seperti ini wajar diteruskan sebagai platform pembinaan jati diri dan kesejahteraan sosial yang inklusif.

Disediakan oleh: Siti Nur Shahniza binti Mohd Isa | 29 April 2025

Tarikh Input: 05/06/2025 | Kemaskini: 05/06/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
S, (04:02:28pm-04:07:28pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]