Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Seperti yang dimaklumkan oleh Universiti Putra Malaysia, Kolej Keenam telah digabungkan dengan Kolej Canselor di bawah nama Kolej Canselor bermula sesi 2019/2020.
Oleh itu, diminta semua warga serta alumni Kolej Keenam untuk like page Kolej Canselor di facebook dan follow akaun Instagram dan Twitter Kolej Canselor
Facebook: Kolej Canselor UPM
Link: https://www.facebook.com/KCUPM/
Instagram: CanselorianUPM
Link: https://www.instagram.com/canselorianupm/
Twitter: Kolej Canselor UPM
Link: https://twitter.com/Canselorian?s=08
Sekian, terima kasih.
Notis mengosongkan bilik semasa cuti semester dan sewaan bilik semasa cuti.
Sila Klik di sini :Pekeliling cuti Antara Semester
Segala pertanyaan sila hubungi Cik Arayati di talian 03-97697501 atau emel arayati@upm.edu.my
Notis dan Tatacara Kemasukan Pelajar ke Kolej-kolej Kediaman UPM Semester Kedua 2021/22.
Sila Klik di sini. Notis dan Tatacara Kemasukan Pelajar ke Kolej-kolej Kediaman
Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.
Sila klik di sini: BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER PERTAMA SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan bahawa cuti di atas akan bermula dari 08 Disember 2025 sehingga 14 Disember 2025 (Isnin-Ahad) selama satu (1) minggu. Sehubungan itu semua pelajar Kolej Canselor dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:
1.KUNCI BILIK
Kunci bilik tidak perlu dikembalikan, namun semua pelajar dikehendaki meninggalkan bilik dalam keadaan bersih, pintu dan tingkap dikunci serta memastikan semua suis alatan elektrik dipadamkan sebelum pulang. Sebarang kerosakan inventori di bilik hendaklah dilaporkan dengan segera ke pejabat.
2.PENYIMPANAN BARANG
Pelajar boleh menyimpan barang di dalam bilik tetapi pihak Pengurusan Kolej tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang yang disimpan. Pastikan barang yang berharga dibawa pulang.
3.KESALAHAN DAN DENDA
Pelajar yang menumpangkan orang lain di bilik mereka akan dikenakan denda RM50.00 dan dipotong mata merit sebanyak 10 mata.
Staf dan Felo akan membuat pemeriksaan di setiap blok dan bilik dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan peraturan kolej kediaman oleh semua pelajar.
Pihak pengurusan kolej mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT BERCUTI DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA".
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”
"CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG"
Saya yang menjalankan amanah,
TS. DR. SYED AGIL BIN SHEKH ALSAGOFF
Pengetua
Kolej Canselor
Universiti Putra Malaysia
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER KEDUA SESI 2024/2025
Adalah dimaklumkan bahawa cuti di atas akan bermula dari 05 Mei 2025 sehingga 11 Mei 2025 (Isnin-Ahad) selama satu (1) minggu. Sehubungan itu semua pelajar Kolej Canselor dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:
1.KUNCI BILIK
Kunci bilik tidak perlu dikembalikan, namun semua pelajar dikehendaki meninggalkan bilik dalam keadaan bersih, pintu dan tingkap dikunci serta memastikan semua suis alatan elektrik dipadamkan sebelum pulang. Sebarang kerosakan inventori di bilik hendaklah dilaporkan dengan segera ke pejabat.
2.PENYIMPANAN BARANG
Pelajar boleh menyimpan barang di dalam bilik tetapi pihak Pengurusan Kolej tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang yang disimpan. Pastikan barang yang berharga dibawa pulang.
3.KESALAHAN DAN DENDA
Pelajar yang menumpangkan orang lain di bilik mereka akan dikenakan denda RM50.00 dan dipotong mata merit sebanyak 10 mata.
Staf dan Felo akan membuat pemeriksaan di setiap blok dan bilik dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan peraturan kolej kediaman oleh semua pelajar.
PERHATIAN kepada semua pelajar KOLEJ CANSELOR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Saudara/Saudari,
PERMOHONAN PENGINAPAN TINGGAL DI KOLEJ BAGI SESI 2025/2026
PENGISIAN SECARA DALAM TALIAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar Kolej Canselor, UPM, yang berhasrat untuk meneruskan penginapan di Kolej Canselor bagi sesi 2025/2026 akan datang, saudara/saudari diwajibkan untuk membuat permohonan dengan mengisi permohonan secara dalam talian yang boleh dilayari di alamat https://ekolej.upm.edu.my mulai 23 Jun 2025 (Isnin) hingga 27 Jun 2025 (Jumaat).
Bagi pelajar yang menginap di Bilik Titanium dan Bilik Emas, saudara/saudari perlu mengisi Borang Pemohonan Penginapan Tinggal di Kolej. Borang tersebut boleh didapati dipautan
Pautan Borang: https://bit.ly/BorangPermohonanTinggalDiKolej
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui pautan Google Form yang disediakan:
https://forms.gle/kREJ5Nh14yrX8os86
Kegagalan saudara/saudari berbuat demikian akan dikira sebagai tidak berminat untuk meneruskan penginapan di Kolej Canselor pada sesi 2025/2026 akan datang.
Sekian, terima kasih.
Untuk makluman pelajar baharu sesi akademik 2025/2026, E-Book Kit Putra kini boleh diakses secara dalam talian sebagai rujukan para pelajar bagi Minggu Perkasa Putra 2025.
📖 Sila layari pautan berikut untuk bacaan:
https://infodigital.upm.edu.my/flip/putrakit/
Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.
Terima kasih.

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN