UTAMA | KOLEJ CANSELOR

UPM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak kepada pemegang STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Sementara itu, pemegang SPM/kelayakan setaraf akan ditawarkan untuk program Diploma dan Asasi Sains Pertanian.

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Alumni Kolej Canselor merupakan bekas pelajar yang telah bergraduat. Kolej Canselor mempunyai ribuan alumni sejak dari tahun 1973.

UPM Alumni Intelligent System merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.

artikel
Kolej Canselor Menerima Anugerah Sepanduk Terbaik
Alhamdulillah Kolej Canselor berjaya memenangi anugerah sepanduk terbaik. Kami MTM BPK mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Putra Malaysia dan kami memohon maaf andai ada sebarang kekurangan dari pihak kami sendiri.
Tahniah, Nik Fatin Husna Johan Dakwah Stage Terbaik
Tahniah Pasukan Badminton lelaki
Artikel-artikel lain...
berita
CIC 020 Hanya Yang Tabah Akan Berjaya!
Maran, Pahang – Canselor Instructor Course (CIC 020) merupakan aktiviti tahunan anjuran Biro Alam Sekitar dan Rekreasi telah diadakan pada 31 Mac hingga 5 April 2019 bertempat di Taman Eko Rimba Berkelah, Maran Pahang. Seramai 50 orang peserta dan 38 orang instruktor yang terdiri daripada warga Kolej Canselor telah menyertai kursus ini dengan jayanya.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
;
BHEP @Komuniti Mega 3.0
;
Putra Gemilang
;
VIDEO PENGENALAN KOLEJ CANSELOR
;
VIDEO KORPORAT MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA KOLEJ CANSELOR 16/17
ikuti kami
B1566061621