KKIC NIGHT 3.0 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » KKIC NIGHT 3.0

KKIC NIGHT 3.0

KOLEJ CANSELOR  – Program KKIC Night 3.0 anjuran Kelab Kebudayaan India Canselor (KKIC) dengan kerjasama Sekretariat Kerohanian, Perpaduan dan Pembangunan Insaniah (SKPPI), Majlis Perwakilan Kolej telah berjaya dilaksanakan pada 18 Jun 2026 di Dewan Kolej Canselor, UPM Serdang. Majlis bertemakan 'Retro' ini dibiayai melalui sumbangan orang ramai serta mendapat penajaan makanan daripada Fatir Catering bagi meraikan dan menghargai pencapaian, usaha, serta komitmen pelajar tahun akhir dan ahli-ahli KKIC sepanjang pengajian mereka. Bagi memastikan kelancaran hari kejadian, satu sesi raptai penuh telah dijalankan terlebih dahulu pada 17 Jun 2026 yang melibatkan taklimat pengarah program, latihan persembahan oleh para penari, ujian sistem audio visual oleh AJK teknikal, penyelarasan atur cara oleh AJK protokol, serta kerja-kerja dekorasi dan penyusunan logistik dewan.

Pada malam program, suasana meriah bermula seawal jam 7.00 malam dengan pendaftaran peserta dan ketibaan tetamu kehormat yang disambut oleh barisan jawatankuasa tertinggi program. Majlis rasmi diserikan dengan nyanyian lagu rasmi, ucapan alu-aluan, ucapan perasmian oleh Pengetua Kolej Canselor YBrs. Ts. Dr. Syed Agil Shekh Alsagoff, serta sesi penyampaian hadiah penghargaan kepada pelajar tahun akhir dan barisan pengurusan sesi 2025/2026. Sepanjang makan malam, para hadirin dihiburkan dengan tayangan video montaj yang mengimbau kenangan manis, diikuti sesi kunjungan ke booth gambar 'Retro', persembahan tarian kebudayaan Bharatanatyam serta tarian moden, serta slot aktiviti interaktif seperti "Reel Charades", "Balloon Stack-Attack", dan "Dare Devils" sebelum program diakhiri dengan sesi bergambar bersama yang berjaya memperkukuh ikatan kekeluargaan seluruh warga kolej.

Disediakan oleh: SYAMYUTHA PRIYA A/P DAGARAJAN | 18 June 2026 

Tarikh Input: 14/07/2026 | Kemaskini: 14/07/2026 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
X, (09:10:43am-09:15:43am, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]