
KOLEJ CANSELOR – Latihan Pengungsian Bangunan Kolej Canselor Sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Disember 2025 di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia. Seramai 96 ahli yang terdiri daripada pihak pengurusan kolej, felo, ahli Majlis Perwakilan Kolej, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Tugas-Tugas Khas dan Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam yang telah terlibat dan bekerjasama dalam menjayakan latihan Pengungsian Bangunan Sesi 2025/2026 ini.
Sepanjang latihan berlangsung, pelbagai unit yang dibahagikan kepada ahli jawatankuasa dalam masa yang sama warga Kolej Canselor bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga berkenaan pengetahuan untuk mengendalikan situasi sekiranya berlaku kebakaran di blok kediaman. Contohnya, unit pengungsian bangunan, unit kawalan trafik, unit logistik dan unit pemadaman api.
Latihan ini turut memberi peluang kepada pelajar yang terlibat untuk mengetahui cara gerak kerja yang dilaksanakan sekiranya ada kejadian kebakaran yang sebenar berlaku. Ini memberikan pendedahan awal kepada warga khususnya dari aspek keselamatan. Selain itu, latihan ini juga memberikan peluang kepada para Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari sebagai seorang ahli Pertahanan Awam dalam bekerjasama melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan.
Latihan Pengungsian Bangunan Kolej Canselor 2025/2026 diakhiri dengan sesi perbincangan selepas latihan daripada pihak keselamatan iaitu pihak Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), pihak Pejabat Pembangunan & Pengurusan Aset (PPPA) serta pihak Pusat Polis Bantuan & Keselamatan Universiti (APSeC).
Disediakan oleh: Arish Jonathan anak Richard | 1 Disember 2025
Tarikh Input: 17/12/2025 | Kemaskini: 17/12/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN