INSPIRASI KERJAYA USAHAWAN (INSKU) | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » INSPIRASI KERJAYA USAHAWAN (INSKU)

INSPIRASI KERJAYA USAHAWAN (INSKU)

21 Mei 2024, DEWAN KOLEJ CANSELOR  – Program Inspirasi Kerjaya Usahawan (INSKU) telah diadakan pada 21 Mei 2024 (Selasa) pada jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Keusahawanan dengan kerjasama Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2023/2024.  Seramai 49 orang pelajar telah mengikuti program secara fizikal di Dewan Kolej Canselor dan seramai 233 orang telah  bersiaran secara langsung di pautan Youtube. Program  ini telah melibatkan penyertaan pelajar Kolej Canselor dan pelajar Universiti Putra Malaysia  dengan mengadakan perbincangan forum oleh usahawan yang berjaya.

Antara panel jemputan ialah Encik Ezzul Ezdihar, pengusaha Kebab Kraze juga merupakan alumni UPM dan Muhammad Hafidz bin Shahril Izwan, usahawan pelajar UPM dan pengarah syarikat Vertico. Program INSKU ini melibatkan perkongsian latar belakang bisnes dan cara untuk memulakan perniagaan dari peringkat awal sebagai seorang pelajar universiti. Selain itu, program ini juga banyak memberi sokongan sosial dan profesional kepada bakal usahawan muda terutamanya dalam kalangan pelajar universiti.

Di akhir program ini juga, sesi soal jawab diadakan untuk memberi peluang kepada peserta yang terlibat secara hibrid dan fizikal  untuk berinteraksi dengan usahawan yang berjaya, menjalin hubungan, dan mendapat nasihat daripada mereka.

Program INSKU ini berakhir dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada panel jemputan program iaitu, Encik Ezzul Ezdihar, pengusaha Kebab Kraze dan Encik Muhammad Hafidz bin Shahril Izwan oleh Pegawai Pemantau Program, Encik Wan Zaharuddin bin Wan Abdullah dan diiringi oleh pengarah program INSKU, Norfadzlin Fakhrana binti Mohd Fadzil. Sesi fotografi diadakan bersama panel jemputan dengan semua peserta program sebelum bersurai.

Akhir sekali, program ini banyak memberi impak positif kepada peserta terutamanya dalam merancang dan mempelajari strategi mengurus dan memasarkan produk mereka dan lebih efisien.

 

Gambar semasa program berlangsung

Gambar semasa penyampaian cenderamata

disediakan oleh : Nor Safarina

Tarikh Input: 21/06/2024 | Kemaskini: 21/06/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
W, (09:20:10pm-09:25:10pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]