disediakan oleh Aimi Hannani .

28 April 2024, KOLEJ CANSELOR – Program Family Fete 2.0 : Sentuhan Kasih Canselor telah berjaya dilaksanakan oleh Jemaah Pengerusi Blok, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Canselor dan Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia. Program ini telah berlangsung pada 28 April 2024 bertempat di Dewan Kolej Canselor. Program ini melibatkan 72 warga Kolej Canselor bersama Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor, para felo, para staf dan pengetua Kolej Canselor.
Pelaksanaan program ini adalah sebagai usaha untuk mewujudkan suasana yang lebih harmoni dan ceria dalam kalangan warga Kolej Canselor, disamping meraikan warga Kolej Canselor yang kurang berkemampuan. Suasana kegembiraan dan kehangatan menyelubungi Kolej Canselor pada hari yang istimewa ini. Program ini bertujuan untuk kami bersama-sama meraikan kepelbagaian budaya dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan di antara warga Kolej Canselor.
Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah mengadakan aktiviti soal jawab daripada pengacara majlis secara spontan bersama warga Kolej Canselor, menyanyi secara sukarela daripada warga Kolej Canselor, serta sesi bacaan doa bersama untuk memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dan kebersamaan di kalangan pelajar dan kakitangan kolej. Selain itu, program ini bertemakan potluck iaitu setiap pelajar yang hadir perlu membawa makan masing-masing sebagai tanda perkongsian kepada warga kolej yang kurang berkemampuan, yang menyatukan hati dan memberi peluang kepada kami untuk berkongsi kebahagiaan dalam suasana sederhana.
Kesannya, program ini tidak hanya mencipta kenangan manis bagi semua yang terlibat, tetapi juga meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati setiap individu. Dari gelak tawa yang bergema hingga rasa kasih sayang yang terpancar dari setiap aksi kecil, Hari Raya di Kolej Canselor tidak hanya sekadar perayaan, tetapi merupakan pengalaman yang memperkaya jiwa dan menyatukan kita sebagai satu keluarga besar.
Pengacara sedang mewawancara para felo secara spontan

Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor menyanyi secara sukarela bagi memeriahkan majlis

Sesi bergambar felo pemantau Dr. Amrallah bersama AJK Family Fête 2.0 : Sentuhan Kasih Canselor
Tarikh Input: 04/06/2024 | Kemaskini: 04/06/2024 | fuziah

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN