BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI (BPO) 2024 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI (BPO) 2024

BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI (BPO) 2024

 

KOLEJ CANSELOR  –  Pada 28 September 2024 (Sabtu) telah berlangsungnya Bengkel Pemantapan Organisasi (BPO) 2024 anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025. Bengkel ini disertai oleh 40 orang Majlis Perwakilan Kolej, barisan felo dan pengurusan Kolej Canselor. Bengkel ini diadakan untuk mewujudkan sebuah organisasi pelajar, Majlis Perwakilan Kolej yang mampu berorganisasi secara telus di samping melahirkan pemimpin yang berintegriti untuk kebaikan para pelajar.

Antara pengisian sepanjang bengkel berlangsung ialah pembentangan Ringkasan Eksekutif bersama felo dan pihak pengurusan Kolej Canselor untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan program dan kelulusan peruntukan kewangan program yang bakal diadakan sepanjang semester 2024/2025. Bengkel ini juga merupakan wadah dalam memupuk ukhuwah antara Majlis Perwakilan Kolej, felo dan pengurusan Kolej Canselor. Semoga dengan adanya penganjuran bengkel seperti ini dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang realiti kehidupan dan cabaran kepemimpinan serta mencari penyelesaian terbaik untuk setiap permasalahan.

Disediakan oleh: Farah ‘Izzati | 30 September 2024

Tarikh Input: 12/11/2024 | Kemaskini: 12/11/2024 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
X, (01:45:16am-01:50:16am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]