Malam Deepavali 2023: Menerangi Perpaduan Dan Kepelbagaian - Memupuk Keharmonian Budaya Untuk Kemajuan Dan Kemakmuran Kolej Canselor. | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Malam Deepavali 2023: Menerangi Perpaduan dan Kepelbagaian - Memupuk Keharmonian Budaya untuk Kemajuan dan Kemakmuran Kolej Canselor.

Malam Deepavali 2023: Menerangi Perpaduan dan Kepelbagaian - Memupuk Keharmonian Budaya untuk Kemajuan dan Kemakmuran Kolej Canselor.

   

disediakan oleh : Yogeswary a/p Mohan

UPM,SERDANG – Kelab Kebudayaan India Canselor telah berjaya menganjurkan program Malam Deepavali pada 30 November 2023, dengan penyertaan meriah kira-kira 80 orang pelajar Kolej Canselor. Majlis ini berlangsung di Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor dan kejayaannya adalah hasil kerjasama serta sokongan daripada Sekretariat Perpaduan dan Keharmonian dan Majlis Perwakilan Kolej Canselor.

Matlamat utama program pengayaan budaya ini adalah untuk mewujudkan platform inklusif untuk pelajar dari pelbagai latar belakang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam perayaan Deepavali. Melalui program yang dirancang dengan teliti, peserta digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertandingan kolam. Program Malam Deepavali mengambil inisiatif bagi menyediakan 4 jenis booth seperti inai, pakaian tradisional, makanan tradisional, dan photo booth.

Pertandingan kolam berlangsung dan menampilkan sepuluh buah kumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli. Para peserta mempamerkan kehebatan seni mereka dengan mereka bentuk Rangoli. Mereka hanya diberi masa selama 30 minit bagi menghasilkan sebuah kolam yang unik dan menarik. Kelihatan semua peserta menonjolkan semangat berpasukan yang tinggi bagi menyiapkan tugasan tersebut.

 Selepas pertandingan melukis kolam, program ini diteruskan dengan mengalu-alukan kehadiran juri iaitu, Encik Hanis bin Johari dan Puan Rozmalina Izwanita binti Mohamed. Mereka ditugaskan untuk menilai setiap kolam yang telah dihasilkan mengikut kriteria pemarkahan. Penilaian teliti oleh juri telah menambah elemen profesionalisme kepada pertandingan bagi memastikan penilaian yang adil dan menyeluruh terhadap usaha seni yang ditonjolkan oleh setiap

Seterusnya, Program Malam Deepavali 2023 memberi peluang kepada semua pelajar Kolej Canselor untuk melawat booth yang disediakan iaitu Booth Henna, Booth Kudapan Tradisional, Booth Pakaian Tradisional, dan Booth Photoshoot.

Pada kemuncak program, tumpuan beralih pula kepada Pengarah Program Malam Deepavali 2023, iaitu saudari Bhuvanasri a/p Chandran. Beliau menyampaikan ucapan yang menyentuh hati dan mencerminkan kepentingan program Malam Deepavali kepada warga Kolej Canselor. Felo Kolej Canselor, Encik Hanis bin Johari seterusnya menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Malam Deepavali 2023.

Program ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kategori pertandingan pakaian tradisional terbaik merupakan pertandingan yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Semangat jitu yang ditonjolkan oleh Sekretariat Perpaduan dan Keharmonian, Majlis Perwakilan Kolej, Pengarah Program Malam Deepavali 2023, dan ahli jawatankuasa telah berjaya melancarkan program ini.

 

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdDAo~