KEM KEPEMIMPINAN MUDA (PEWARIS) FASA 2 2024: “KEPIMPINAN CEMERLANG, KEBITARAAN CANSELOR TERBILANG” | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » KEM KEPEMIMPINAN MUDA (PEWARIS) FASA 2 2024: “KEPIMPINAN CEMERLANG, KEBITARAAN CANSELOR TERBILANG”

KEM KEPEMIMPINAN MUDA (PEWARIS) FASA 2 2024: “KEPIMPINAN CEMERLANG, KEBITARAAN CANSELOR TERBILANG”

 

disediakan oleh : Nur Arfah Azhar | 15 Mac 2024

UPM, Serdang  – Kem Kepemimpinan Muda (Pewaris) Fasa 2 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 21 Februari 2024 hingga 25 Februari 2024 di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia dan Kalumpang Resort and Training Centre, Hulu Perak, Selangor. Seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1 Kolej Canselor telah menyertai Kem Pewaris ini. Manakala seramai 37 orang Majlis Perwakilan Kolej Canselor juga turut serta sebagai fasilitator bagi kem ini. Kem Pewaris ini juga dihadiri oleh para felo Kolej Canselor. 

Kem Kepemimpinan Muda (Pewaris) fasa 2 2024 ini merupakan program tradisi berbentuk kepemimpinan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej Canselor saban tahun untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang kepimpinan. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal serta berkemahiran tinggi untuk menyelesaikan masalah. Melalui program ini, mahasiswa boleh menerapkan Kemahiran Insaniah (KI) iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, serta etika dan moral profesional. 

Aktiviti bagi kem Pewaris ini telah dilaksanakan di Kolej Canselor dan dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Kolej Canselor sebagai fasilitator. Program ini telah dimulai dengan Majlis Perasmian dan Bicara Kepemimpinan oleh Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengetua Kolej Canselor. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang kem ini berlangsung seperti Pengenalan Pewaris, Pecah Keheningan, Pendekar Bersatu, Sirna Yang Menanti, Menara Keadilan dan Citra Bijaksana.

Kesemua peserta kem telah dibawa ke Kalumpang Resort and Training Centre. Pelbagai aktiviti menarik juga telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak Kalumpang Resort, felo dan alumni Kolej Canselor bagi menjayakan Kem Kepemimpinan Muda (Pewaris) fasa 2 2024 kali ini.  Antara aktiviti yang telah dilaksanakan termasuklah Semangat Siswa, Langkah Kesatria, Pasar Dagangan, Teroka Jajahan dan Malam Fiesta Canselor. Kem Kepemimpinan Muda (Pewaris) fasa 2 2024 ini juga diakhiri dengan majlis penutup. Tepat jam 3.00 petang 25 Febrauri 2024, pelajar mula bertolak pulang ke Kolej Canselor.

 

Suasana sepanjang Majlis Perasmian dan Bicara  Kepemimpinan oleh pengetua Kolej Canselor

Semua peserta sedang melakukan aktiviti secara berkumpulan di Kalumpang Resort and Training Centre

Gimik penyerahan Resolusi Kem Kepemimpinan Muda (Pewaris) fasa 2 2024 bersama penghulu, penghuluwati dan kumpulan terbaik Kem Pewaris semasa majlis penutup

 

 

Tarikh Input: 20/03/2024 | Kemaskini: 20/03/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdFAa~