WONDERFUL CANSELOR (WONCA) 2019 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » WONDERFUL CANSELOR (WONCA) 2019

WONDERFUL CANSELOR (WONCA) 2019

SERDANG, SELANGOR - Pada 20 hingga 22 September 2019, Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia telah menjalankan satu program anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor. Program ini telah diberi nama Wonderful Canselor (WONCA) dan dijalankan buat pertama kalinya selepas pengabungan kolej dilakukan

.

 

WONCA ini merupakan satu program yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dan ukhwah antara warga kolej. Antara aktiviti yang dijalankan didalam WONCA ialah Rumbling Time, Derby Clash, Sociability Splice, Indoor Games, Dodge Ball, Wondrous Aurora dan Bengkel Pengurusan Sukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang sangat padu dari warga kolej.

 

Antara aktiviti Derby Clash yang dijalankan semasa WONCA

Majlis penutupan WONCA telah dirasmikan oleh Ketua Felo Encik Khairul Bin Zainal Abidin pada hari Ahad 22 September 2019 di Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor. Majlis ini telah diisi dengan pelbagai pengisian dan disertakan sekali dengan Pembentangan Portfolio Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor kepada warga.

Tarikh Input: 29/09/2019 | Kemaskini: 29/09/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXETJAb~