
KOLEJ CANSELOR – Pada 17 Mei 2025, Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025 telah mengadakan satu forum peringkat antarabangsa dengan kerjasama beberapa universiti dari dalam dan luar negara secara dalam talian di Youtube Kolej Canselor. Antara universiti yang bekerjasama ialah Universitas Negeri Malang, Indonesia, Universiti Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam, Universiti Tun Hussein Onn Cawangan Pagoh, Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan, Universiti Malaysia Sarawak, dan Universiti Utara Malaysia.
Volunteering In The Eyes Of The World diadakan bertujuan memahami semula audiens mengenai maksud sukarelawan daripada pandangan mahasiswa, masyarakat, dan sukarelawan itu sendiri. Forum ini juga dianjurkan untuk mewujudkan sebuah platform pemindahan ilmu membentuk sukarelawan yang berkemahiran dan berpengetahuan berkongsi pandangan dan pengalaman dari pelbagai negara bagi meningkatkan keupayaan masyarakat untuk menangani cabaran dalam aktiviti kesukarelawanan.
Forum ini disertai oleh beberapa mahasiswa dari pelbagai universiti sebanyak 1,505 orang. Diharapkan melalui forum ini, mahasiswa dapat menambah ilmu pengetahuan secara lebih mendalam tentang maksud sukarelawan itu sendiri. Tambahan lagi, forum ini juga telah mendapat liputan berita daripada Jatim Satu News, negara Indonesia menjadikan penyebaran ilmu berkaitan sukarelawan semakin meluas.
Disediakan oleh: Nurul Alyani binti Harum | 20 May 2025
Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN