
KOLEJ CANSELOR- UPM Global Talk: International Communication In International Relations And Diplomacy merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Media Mahasiswa (KMM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pengurusan Kolej Canselor dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025. Program ini diadakan pada 5 Disember 2024 (Khamis) di Dewan Kolej Canselor. Program ini telah melibatkan seramai 240 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Bacelor dan Sarjana dalam Komunikasi Media. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan penting komunikasi dan pengambilan keputusan dalam hubungan antarabangsa.
Program ini menawarkan pandangan bernilai dalam bidang diplomasi, komunikasi dan isu global. Selain itu, program ini juga membantu pelajar memahami cabaran serta strategi diplomatik. Penganjuran program ini memperkukuh reputasi UPM sebagai institusi yang komited terhadap pembangunan intelektual dan profesional pelajar, dengan menampilkan pakar seperti YBrs. Dr. Abdul Razak Ahmad yang merupakan Penasihat Menteri Luar Negeri dan Pengerusi EMGS. Inisiatif ini menyokong usaha UPM melahirkan graduan berdaya saing di peringkat global dan mengukuhkan kedudukan universiti sebagai institusi bertaraf dunia.
Disediakan oleh: Farah ‘Izzati | 16 Disember 2024
Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN