SUKAN ONLINE INTERKOLEJ (SUKON) | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » SUKAN ONLINE INTERKOLEJ (SUKON)

SUKAN ONLINE INTERKOLEJ (SUKON)

26 Mei 2024, KOLEJ CANSELOR  – Sukan Online Interkolej (SUKON) telah diadakan pada 26 Mei 2024 (Ahad).  SUKON ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Sukan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2023/2024 bersempena Putra Canselor Festival: Generation of Siswa Madani. Objektif utama Program SUKON ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan silaturahim antara mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Hal ini secara tidak langsung boleh membuka peluang dan kerjaya yang baru dalam bidang sukan online selain hanya menjadikan sukan online satu bentuk hobi atau hiburan.

Terdapat pelbagai permainan maya yang dipertandingkan pada hari tersebut. Antaranya ialah permainan PUBG, Mobile Legend, FIFA dan permainan 1234. Permainan ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Putra Malaysia yang berminat terhadap permainan maya.

Pertandingan ini dijalankan secara serentak di sekitar kawasan Kolej Canselor, contohnya PUBG telah dijalankan di bilik seminar sawah , Mobile Legend telah dijalankan di dewan Kolej Canselor manakala FIFA dan permainan 1234 telah berlangsung di pentas PCF. Permainan ini telah dijalankan dari jam 10.30 pagi hingga 5 petang.

Pertandingan ini telah mendapat hampir 100 orang pelajar dari Kolej Canselor dan beberapa kolej lain yang terdapat di universiti Putra malaysia seperti Kolej Tun Dr Ismail , Kolej 10 dan lain -lain. Setelah peserta berhempas pulas sejak jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang , majlis penutup telah diadakan pada jam 6.00 petang di Dewan kolej Canselor bagi meraikan para pemenang dan upacara penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Abdul Zaidi Abdullah selaku felo pemantau program.

Majlis diteruskan dengan anugerah yang ditunggu-tunggu iaitu pemenang keseluruhan SUKON. Piala pusingan telah diserahkan kepada Kolej 10 selaku pemenang keseluruhan pertandingan  SUKON sesi kali ini. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama para pemenang di pentas Dewan Kolej Canselor.

Permainan PUBG di Bilik Seminar Sawah sedang berlangsung.

 

disediakan oleh : Nur Nasuha Iwani

 

 

 

Tarikh Input: 21/06/2024 | Kemaskini: 21/06/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
F, (09:08:03am-09:13:03am, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]