SQUAD PUTRA: FUTURE GUARDIANS | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » SQUAD PUTRA: FUTURE GUARDIANS

SQUAD PUTRA: FUTURE GUARDIANS

Program Squad Putra: Future Guardians merupakan satu program komuniti yang diadakan antara dua buah universiti iaitu Universiti Putra Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn cawangan Pagoh. Seramai 40 orang wakil daripada UPM dan 30 orang wakil UTHM telah terlibat bagi menjayakan program ini. Kolaborasi ini telah dibuat untuk menjalankan program berimpak tinggi yang berteraskan sukarelawan dalam memelihara alam sekitar yang terdapat di sepanjang Kampung Parit Kelantan di Ayer Hitam yang mampu mengancam ekosistem. Program ini dilakukan sebagai jaringan antara komuniti seterusnya menjalin hubungan kerjasama yang baik antara dua universiti. Semua MPK dan MKP dibahagikan secara berkumpulan untuk sesi pembahagian tugas membersihkan surau di sekitar Ayer Hitam dan Pusat Pameran Konservasi Ikan Betta Persephone Ayer Hitam, Muar. Program Future Guardians ini telah diadakan di Kg Ayer Hitam, Muar, Johor pada tanggal 19 April 2025. 

Disediakan oleh: Farah Batrisyia Iwani | 19 April 2025 

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
W, (08:56:28pm-09:01:28pm, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]