
KOLEJ CANSELOR – Pada 14 Februari 2025 (Jumaat) telah berlangsungnya slot bersama Pegawai Tadbir, Encik Mohd Syawal Sauti di Dewan Kolej Canselor. Program ini berlangsung selama dua jam bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Slot ini melibatkan seramai 33 orang Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025. Antara pengisian sepanjang slot ini berlangsung ialah sesi pengenalan bersama staf pentadbiran, prosedur peminjaman peralatan di kolej, prosedur tuntutan kewangan, prosedur penginapan dan tatacara pengurusan program dalaman dan luaran kolej.

Diharapkan slot ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada Majlis Perwakilan Kolej tentang prosedur dan tatacara pengurusan yang berkaitan dengan tanggungjawab mereka di Kolej Canselor. Pengenalan kepada staf pentadbiran membantu Majlis Perwakilan Kolej mengenali sumber yang boleh dirujuk apabila menghadapi masalah berkaitan pengurusan kolej. Slot ini turut memperkukuhkan pengetahuan tentang prosedur penting seperti peminjaman peralatan, tuntutan kewangan, penginapan serta pengurusan program dalaman dan luaran. Hasilnya, ia dapat menyokong keberkesanan operasi di kolej. Selain itu, slot ini juga dapat memperkukuh hubungan kerjasama yang lebih baik antara Majlis Perwakilan Kolej dan pihak pengurusan kolej ke arah yang lebih efisien dan profesionalisme dalam pekerjaan.
Disediakan oleh: Nur Farah ‘Izzati binti Shahrul Hanif | 14 Februari 2025
Tarikh Input: 25/02/2025 | Kemaskini: 25/02/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN