Serlahkan Potensi Dirimu 3.0 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Serlahkan Potensi Dirimu 3.0

Serlahkan Potensi Dirimu 3.0

 

Jelebu, Negeri Sembilan – Seramai 40 orang pelajar daripada Kolej Canselor telah menyertai program Serlahkan Potensi Dirimu(SPD) 3.0 yang telah diadakan pada 4 Oktober sehingga 6 Oktober 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA), Jelebu, Negeri Sembilan.

 

Program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan pelajar Kolej Canselor menjadi fasilitator bagi membantu guru-guru menyiapkan diri pelajar yang lemah dalam subjek matematik moden untuk menghadapi peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ice Breaking, Smart Learning, dodgeball, permainan “karipap”, berzafina, Math Tic-Tac-Toe, Musical Chair dan permainan “I Believe I Can Fly”.

 

Majlis penutup program SPD 3.0 ini telah dirasmikan oleh Ketua Felo Kolej Canselor, Encik Mohd Khairul Bin Zainal Abidin pada 6 Oktober 2019 di Dewan Asrama SMK DUMA. Program ini telah mendapat komen positif daripada pengetua, guru-guru sekolah serta pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk menerima lagi kedatangan warga Kolej Canselor ke SMK DUMA.

Tarikh Input: 20/10/2019 | Kemaskini: 20/10/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEaDAq~