
KOLEJ CANSELOR- Sambutan Jubli Emas Kolej Canselor merupakan program yang dianjurkan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pengurusan Kolej Canselor, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (Wazan dan Pusat Perhubungan Alumni. Program ini diadakan pada 19 Mei 2025 (Isnin) hingga 25 Mei 2025 (Ahad) bertempat di pekarangan Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang Sambutan Jubli Emas Kolej Canselor ini. Program ini telah melibatkan penyertaan daripada warga Universiti Putra Malaysia, orang awam serta alumni Kolej Keempat, Kolej Keenam dan Kolej Canselor.

Sambutan ini dimulakan lebih awal pada 15 Mei dengan program Podcast: Alumni Unplugged dan Bacaan Yasin Perdana. Sepanjang minggu sambutan, pelbagai aktiviti berlangsung serentak termasuk Bite & Bliss Bazaar dan Playtopia! yang menjadi tumpuan ramai dengan suasana riang dan interaktif.
Antara tarikan utama sepanjang minggu ialah Mystery Manor: Escape the Haunted yang merupakan aktiviti berbentuk cabaran berasaskan konsep rumah berhantu yang diadakan sepanjang minggu. Aktiviti ini menjadi tumpuan pengunjung kerana elemen misteri dan unik.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain telah diadakan adalah seperti Spicy Challenge, sesi Busking, dan Open Mic Mini. Program kerohanian seperti Sesi Penyerahan al-Quran, Bacaan Yasin dan Tahlil turut mendapat sambutan daripada pelajar. Sambutan ini juga telah diserikan lagi oleh pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh setiap sekretariat Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor.
Kemeriahan sambutan ini memuncak dengan program bersama alumni Kolej Keempat, Kolej Keenam dan Kolej Canselor iaitu Softball Alumni: Slowpitch Friendly, Open Block Day with Alumni dan Town Hall: Alumni Beyond the Story. Kemudian, diakhiri dengan persembahan daripada penyanyi jemputan di pentas pertandingan Putra Grand Stage iaitu saudara Afiq Adnan.
Melalui penganjuran sambutan ini, pelajar bukan sahaja dapat berinteraksi dengan alumni, malah berpeluang mengasah bakat, meningkatkan kemahiran insaniah dan membina jaringan komuniti yang kukuh antara generasi. Sambutan ini bukan sekadar meraikan sejarah, tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan demi masa depan yang lebih gemilang.
Disediakan oleh: Nabillah Zulkefli | 9 Jun 2025
Tarikh Input: 10/06/2025 | Kemaskini: 10/06/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN