Riang Ria Canselor: Raikan Kepelbagaian, Eratkan Perpaduan | KOLEJ CANSELOR kc
» BERITA » Riang Ria Canselor: Raikan Kepelbagaian, Eratkan Perpaduan

Riang Ria Canselor: Raikan Kepelbagaian, Eratkan Perpaduan

KOLEJ CANSELOR  –  Pada 26 April 2025 (Ahad) telah berlangsungnya Riang Ria Canselor yang dianjurkan oleh Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Canselor. Pelaksanaan program ini adalah sebagai usaha untuk mewujudkan suasana yang lebih harmoni dan ceria dalam kalangan warga Kolej Canselor. Program ini telah berlangsung di Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor dan telah dihadiri lebih 130 orang pelajar daripada Kolej Canselor. Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai kerjasama dalam diri warga Kolej Canselor dan memupuk perpaduan dalam kalangan warga Kolej Canselor.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program seperti Melodi tersembunyi, cabutan bertuah yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir Kolej Canselor iaitu En. Syawal Sauti dan Busana Terbaik yang disampaikan oleh Pengetua Kolej Canselor, YBrs. Ts. Dr. Syed Agil Shekh Al Sagoff.

Secara keseluruhannya, Program Riang Ria Canselor telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan antara warga kolej serta mencipta suasana yang penuh keceriaan dan kemesraan. Sambutan yang hangat daripada para pelajar membuktikan keberkesanan penganjuran program sebegini dalam membina komuniti kolej yang lebih harmoni, dinamik dan inklusif. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk menyatukan mahasiswa serta menyemai nilai murni dalam kalangan warga Kolej Canselor.

Disediakan oleh: Maslan Naman | 26 April 2025       

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
W, (04:18:22pm-04:23:22pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]