PROGRAM SEMARAK UKHUWAH: INI CANSELOR KITA 2024 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » PROGRAM SEMARAK UKHUWAH: INI CANSELOR KITA 2024

PROGRAM SEMARAK UKHUWAH: INI CANSELOR KITA 2024

 

KOLEJ CANSELOR  – Pada 18 Oktober 2024 sehingga 26 Oktober 2024 telah berlangsungnya program Semarak Ukhuwah: Ini Canselor Kita (ICK 2024) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2024/2025 dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Canselor bagi meraikan kedatangan pelajar tahun satu Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2024/2025.

Program ini bertujuan untuk menyemai ikatan silaturrahim antara satu sama lain. Pelaksanaan program ini adalah sebagai medium untuk mahasiswa mengasah bakat melalui pengaplikasian kemahiran insaniah serta mencari pelapis bakat yang berpotensi dalam kalangan warga Kolej Canselor. ICK 2024 merupakan penjenamaan semula daripada Program Unity Of Canselor dan Canselor’s Freshies O-Week. Antara aktivitI yang dijalankan sepanjang ICK 2024 adalah Seki’s Gallery Walk, KC Kita, Rumah Kita, Canselor Block Meet and Greet, API Canselorian Mission, Sport Management Workshop, Canselor Joy Zone, Sukan Floor (SUFLO) yang mempertandingkan dua jenis sukan iaitu bola jaring untuk perempuan dan dodgeball untuk lelaki, Dapur Rewang Canselor dan KC Got Talent.

Penganjuran ICK 2024 telah mendapat sambutan dan sokongan penuh daripada pelajar tahun pertama Kolej Canselor serta warga Kolej Canselor yang lain. Komitmen yang diberikan oleh para peserta sepanjang program ICK 2024 merupakan penanda aras keberhasilan program ini di mana ICK 2024 ingin mewujudkan jaringan sosial antara warga Kolej Canselor dengan lebih erat dan bersifat terbuka sekaligus menggalakkan nilai keharmonian dan perpaduan antara pelajar, felo dan pihak pengurusan kolej. Aktiviti seperti KC Got Talent dan SUFLO telah menjadi platform pencarian bakat dalam bidang sukan, kebudayaan serta pengucapan awam bagi menyediakan kepelbagaian bakat dan potensi warga Kolej Canselor sebagai pencetus kecemerlangan kolej dan universiti ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, Program Semarak Ukhuwah: Ini Canselor Kita 2024 telah berjaya memenuhi matlamatnya dalam mengeratkan hubungan antara pelajar baharu dan warga Kolej Canselor serta memberikan pengalaman positif yang mampu membentuk semangat kekeluargaan.  Diharapkan agar, Program Semarak Ukhuwah: Ini Canselor Kita 2024 seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih banyak penambahbaikan untuk memastikan kesinambungan semangat kekeluargaan yang menjadi teras kepada identiti Kolej Canselor serta dijadikan sebuah tradisi bagi meraikan kemasukan pelajar tahun satu yang baharu.

 

Disediakan oleh: Maslan Naman | 30 September 2024 

Tarikh Input: 14/11/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
S, (10:14:10pm-10:19:10pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]