
KOLEJ CANSELOR – Pada 8 September 2025 (Isnin) sehingga 12 September 2025 (Jumaat) telah berlangsungnya Program Kepimpinan Canselor (PKC) anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2025/2026. Program ini disertai oleh 43 orang Majlis Perwakilan Kolej, barisan felo dan pengurusan Kolej Canselor. Program ini diadakan untuk mewujudkan sebuah organisasi pelajar, Majlis Perwakilan Kolej yang mampu berorganisasi secara telus di samping melahirkan pemimpin yang berintegriti untuk kebaikan para pelajar. Antara pengisian sepanjang program berlangsung ialah Perasmian Program Kepimpinan Canselor, Sesi Kenali Staf Pengurusan Kolej Canselor, Penetapan takwim bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perwakilan Kolej (TOP MPK), Taklimat Hal Ehwal Kolej Kediaman, Taklimat Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Taklimat Pusat Perhubungan Alumni, Taklimat Anugerah Naib Canselor (ANC), Taklimat Kesihatan Mental dan Pengurusan Stres, Taklimat Program Mobiliti Dan Prosedur Penjanaan Dana Mobiliti, Taklimat Pengurusan Kolej, Slot Perkongsian Misi Kesukarelawanan, Taklimat Penganjuran dan Pengurusan Aktiviti BHEP, serta pembentangan Ringkasan Eksekutif bersama felo dan pihak pengurusan Kolej Canselor untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan program dan kelulusan peruntukan kewangan program yang bakal diadakan sepanjang semester 2025/2026. Program ini juga memupuk ukhuwah antara Majlis Perwakilan Kolej, felo dan pengurusan Kolej Canselor.
Disediakan oleh: Mirza Syah | 20 September 2025
Tarikh Input: 24/09/2025 | Kemaskini: 24/09/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN