PROGRAM IHYA RAMADAN CANSELOR 2025 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » PROGRAM IHYA RAMADAN CANSELOR 2025

PROGRAM IHYA RAMADAN CANSELOR 2025

Kelab Tarbiyah dan Dakwah Canselor (KTDC) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan Canselor 2025 sepanjang bulan Ramadan bagi memupuk semangat keagamaan dalam kalangan mahasiswa Kolej Canselor. Program ini menghimpunkan empat aktiviti utama yang melibatkan penyertaan aktif para pelajar dan komuniti secara dalam talian mahupun fizikal.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Program Tadarus al-Quran yang berlangsung dari 17 hingga 30 Mac secara atas talian, melibatkan 30 peserta dengan bacaan bermula dari Juzuk 1 hingga Juzuk 30. Sepanjang bulan Ramadan juga, pihak penganjur menerbitkan Poster 1 Hadis untuk 1 Ramadan setiap hari bagi menyampaikan mesej dakwah yang ringkas dan bermanfaat.

Selain itu, Program Sumbangan Iftar Percuma telah diadakan pada 21 Mac di hadapan Dewan Kolej Canselor, dengan 70 pelajar menerima agihan makanan sebagai bentuk sumbangan kebajikan. Manakala, Ceramah Peristiwa Penting Bulan Ramadan bersama Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali pada 27 Mac yang disiarkan secara langsung di YouTube berjaya menarik 248 peserta.

Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan di kampus, malah menjadi medium untuk memperkukuh nilai kerohanian dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Inisiatif KTDC ini wajar dicontohi kerana berjaya menggabungkan elemen ilmu, kebajikan, dan penghayatan Islam dalam satu platform yang inklusif dan menyentuh hati.

Disediakan oleh: Muhammad Afiq Isyraf bin Jaffar | 14 April 2025

Tarikh Input: 15/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
W, (12:42:16pm-12:47:16pm, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]