
KOLEJ CANSELOR – Program Perniagaan Pertanian Siswa (Seeda) sempena Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-49 merupakan inisiatif bagi Pelan Tindakan Keterjaminan Makanan HEPA 2025 yang melibatkan penyertaan semua kolej kediaman UPM dalam mengusahakan dan memasarkan produk pertanian masing-masing. Program ini bertujuan memupuk budaya keusahawanan, meningkatkan kemahiran praktikal dalam bidang pertanian moden serta memberi pendedahan kepada pengurusan perniagaan sebenar dalam kalangan mahasiswa. Program ini telah berlangsung dari 28 November 2025 (Jumaat) hingga 5 Disember 2025 (Jumaat) bertempat di Dataran Menara Putra, Warisan Budi UPM.


Kolej Canselor turut mengambil bahagian dengan membuka sebuah gerai jualan berfokuskan hasil tanaman cili fertigasi yang diusahakan serta pengurusan gerai yang dikendalikan oleh seramai 43 orang sukarelawan warga kolej secara penggiliran. Pelaksanaan dan pengurusan booth ini diselaraskan sepenuhnya oleh Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan selaku urusetia utama projek pertanian kolej. Melalui penyertaan ini, mahasiswa bukan sahaja berpeluang mempamerkan hasil pertanian kolej, tetapi juga belajar mengendalikan operasi perniagaan secara langsung sepanjang tempoh pesta konvokesyen.
Pada 28 November, pertandingan pameran terbaik diadakan bagi menghargai usaha dan kreativiti peserta SEEDA. Kolej Canselor telah berjaya meraih tempat ke-4 dan membawa pulang saguhati bernilai RM500. Penglibatan aktif pelajar serta susun atur pameran yang menarik menjadikan penyertaan ini satu pengalaman berharga kepada semua sukarelawan dan pihak kolej.
Disediakan oleh: Nur Auni Awatif Binti Ahmad Shaifullah | 4 Disember 2025
Tarikh Input: 17/12/2025 | Kemaskini: 18/12/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN