
KOLEJ CANSELOR – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menganjurkan pertandingan UNI-CHALLENGE UPM x PUNB dengan bertemakan Keterjaminan Makanan dan Pertanian. Aktiviti keusahawanan yang dijalankan dalam kalangan pelajar UPM merupakan satu pendekatan dalam pembangunan usahawan yang berkualiti, berjaya dan kukuh di samping bersedia menghadapi saingan cabaran dunia perniagaan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membantu, menggalak dan menambah bilangan penyertaan pelajar UPM berkecimpung dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Bagi menjayakan program ini pertandingan Business Pitching akan dilaksanakan dalam kalangan pelajar yang menyertai program ini. Program ini telah berlangsung pada 10 November 2024 yang melibatkan Kolej Canselor telah menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang peserta dan seorang mentor sebagai pembimbing. Program ini dijalankan di Bilik Seminar Cemara 1, Kompleks Mahasiswa UPM untuk melakukan pembentangan perniagaan (Fasa 1).
Program ini bertujuan untuk menanam serta memupuk jiwa keusahawanan kepada pelajar IPT dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai cabang kerjaya pilihan. Menanam serta memupuk jiwa keusahawanan kepada pelajar IPT dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai cabang kerjaya pilihan. Mempraktikkan pembelajaran selari dengan dunia keusahawanan sebenar. Komunikasi dua hala antara pelajar dan usahawan dapat menambah nilai ilmu serta mendapat pengalaman sebenar dalam keusahawanan mempelajari selok belok urusan pentadbiran, operasi, pemasaran dan kewangan. Meningkatkan daya kreativiti, keyakinan diri serta kematangan pelajar dalam memberi solusi dan panduan ke arah pengembangan perniagaan serta memperkenalkan PUNB sebagai agensi pembiayaan & pembangunan usahawan muda. Namun begitu, Kolej Canselor tidak dapat memasuki fasa seterusnya dalam pertandingan Uni Challenge 2025- PUNB dan Universiti Putra Malaysia.
Disediakan oleh: Radhiah Binti Johari | 10 November 2024
Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN