Perintis Protokol Canselor 2023 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Perintis Protokol Canselor 2023

Perintis Protokol Canselor 2023

 

disediakan oleh Amsyar Baihaqi

21 Nov 2023 – Perintis Protokol Canselor 2023 telah diadakan pada 18 November 2023. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tetang protokol dan etika dalam sesebuah majlis rasmi yang dianjurkan oleh Sekretariat Cendekia dan Komunikasi Korporat, Majlis Perwakilan Kolej Canselor Sesi 2023/2024.

 

 Program yang dijalankan tersebut mempunyai dua slot dimana slot pertama merupakan pengenalan kepada amalan protokol dan etiket sosial yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Sabrina binti Marzuki yang merupakan Penolong Pendaftar Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, UPM. Beliau memberi pencerahan mengenai protokol pengurusan majlis serta menjelaskan mengenai gelaran hormat dan panggilan hormat.

 

 

Slot kedua diteruskan dengan aktiviti latihan dan simulasi mengendalikan majlis formal dimana peserta dibahagikan kepada 6 buah kumpulan dan mereka diminta untuk merangka aturcara sebuah majlis berdasarkan ilmu yang telah mereka terima semasa slot pertama. Selain itu, setiap kumpulan perlu membentangkan aturcara majlis mereka dan penceramah memilih tiga buah kumpulan yang mempunyai aturcara serta pemilihan VIP majlis terbaik sebagai pemenang.

 

Slot seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi pertandingan pembentangan di dalam kumpulan. Penceramah hanya memilih 3 buah kumpulan yang menepati kriteria yang telah ditetapkan.

  Slot terakhir ialah slot penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan. Pihak Kolej Canselor berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan.

 

 

 

 

Tarikh Input: 24/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdGAv~