
KOLEJ CANSELOR – Minggu Perkasa Putra 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 4 Oktober 2025 hingga 12 Oktober 2025 di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia. Lebih 400 orang peserta yang terdiri daripada pelajar baharu tahun 1 Kolej Canselor telah menyertai Minggu Perkasa Putra 2025 ini. Manakala, seramai 43 orang Majlis Perwakilan Kolej Canselor juga membantu dalam menjayakan Minggu Perkasa Putra 2025 ini. Sepanjang Minggu Perkasa Putra 2025 berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memperkenalkan kehidupan kampus kepada pelajar baharu serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga Kolej Canselor. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi taklimat bersama pihak pengurusan kolej, suai kenal bersama felo, ceramah motivasi, aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) serta aktiviti bersama pelajar baharu. Program ini turut memberi peluang kepada pelajar baharu untuk mengenali budaya dan nilai-nilai universiti, di samping membina jalinan ukhuwah antara pelajar warga Kolej Canselor. Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan keterlibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Minggu Perkasa Putra 2025 diakhiri dengan lafaz ikrar pelajar baharu, yang melambangkan semangat dan tekad mereka untuk menempuh kehidupan sebagai mahasiswa Universiti Putra Malaysia dengan penuh iltizam dan tanggungjawab. Suasana penuh bersemangat dan rasa bangga jelas terpancar pada wajah setiap pelajar yang kini rasmi menjadi sebahagian daripada warga UPM.
Disediakan oleh: Norfarhan Norazman | 29 Oktober 2025
Tarikh Input: 03/11/2025 | Kemaskini: 03/11/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN