MALAM TUNAS BUDAYA 2024: Cinta, Tanah Dan Warisan Melodi Dari Ladang Ke Panggung | KOLEJ CANSELOR kc
» BERITA » MALAM TUNAS BUDAYA 2024: Cinta, Tanah dan Warisan Melodi Dari Ladang Ke Panggung

MALAM TUNAS BUDAYA 2024: Cinta, Tanah dan Warisan Melodi Dari Ladang Ke Panggung

KOLEJ CANSELOR  –  Pada 13 Oktober 2024 (Ahad) telah berlangsungnya pertandingan Malam Tunas Budaya 2024 (MTB 2024) sempena Minggu Perkasa Putra 2024. MTB 2024 membawa tema Cinta, Tanah, dan Warisan: Melodi dari Ladang ke Panggung yang melibatkan 30 peserta pelajar baharu Kolej Canselor di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Malam Tunas Budaya ini diadakan bagi mencungkil dan mempersembahkan bakat para pelajar Tahun 1 dan melatih mereka sehingga menjadi wakil kolej dalam aktiviti dan program kebudayaan.

Para peserta menggunakan tempoh persediaan Malam Tunas Budaya 2024 selama 7 hari bagi mencapai kerjasama berpasukan dalam menyatukan bakat mereka sekumpulan. Aktiviti dan program kebudayaan diterapkan dalam kalangan pelajar, bermula dari tahun pertama kemasukan supaya pelajar lebih giat aktif dan tidak melenyapkan unsur budaya dan seni dalam perkembangan kehidupan. Sedemikian itu, Kolej Canselor mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta, ahli jawatankuasa yang sedia membantu dan telah meraih pencapaian Anugerah Muzik Terbaik dalam Malam Tunas Budaya 2024.

Disediakan oleh: Syafiqah Ramli | 26 Oktober 2024

Tarikh Input: 13/11/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
X, (09:29:11pm-09:34:11pm, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]