Malam Tunas Budaya 2023 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Malam Tunas Budaya 2023

Malam Tunas Budaya 2023

SERDANG, 20 Okt – Kolej Canselor (KC), UPM telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Malam Tunas Budaya 2023, diikuti dengan Kolej Sepuluh (K10), UPM sebagai Naib Johan dan Tempat Ketiga disandang oleh Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM pada Malam Tunas Budaya (MTB) 2023 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

  

Malam Tunas Budaya 2023 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” merupakan program terakhir bagi Minggu Perkasa Putra (MPP) sesi 2023/2024 telah berlangsung pada 30 September hingga 7 Oktober yang lalu, dan aktiviti wajib untuk pelajar tahun satu UPM bagi mengetengahkan bakat dari segi kreativiti, nyanyian dan tarian.

 

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPM, Abdullah Arshad, dan Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, UPM, Dr. Amini Amir Abdullah.

 

Tarikh Input: 23/10/2023 | Kemaskini: 23/10/2023 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdFAl~