
BANGI RESORT HOTEL, BANDAR BARU BANGI – Malam Gemilang Canselor 2025 telah diadakan pada 19 Januari 2025. Program ini merupakan program turun temurun di Kolej Canselor bertujuan meraikan pelajar tahun akhir yang menetap di Kolej Canselor, yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej Canselor Sesi 2024/2025. Program ini juga diadakan bagi mewujudkan jaringan sosial antara pelajar tahun akhir dan Majlis Perwakilan Kolej Canselor Sesi 2024/2025.
Program ini berjalan dengan sangat meriah dan disertai oleh 150 orang peserta. Selain itu, malam tersebut telah diserikan lagi dengan pelbagai persembahan yang telah dilakukan oleh pelajar Kolej Canselor sendiri. Persembahan itu terdiri daripada persembahan tarian oleh Mantra Cellorscript dan persembahan nyanyian oleh saudari Murni dan saudara Haikal yang dipimpin oleh band Kasma Citra.
Program ini disambut dengan baik oleh semua tetamu yang turut dihadiri oleh Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Ibrahim yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Beliau telah memberikan kata-kata semangat kepada pelajar tahun akhir Kolej Canselor untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa berbakti semula kepada Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program ini juga dijalankan bagi memberikan penghargaan dan anugerah kepada para pelajar tahun akhir yang telah berjasa dan menyumbang bakti kepada Kolej Canselor. Selanjutnya, program ini diakhiri dengan sesi pemberian cabutan bertuah kepada para peserta yang hadir.
Keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya. Pihak jawatankuasa pelaksana program juga berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.
Disediakan oleh: Nurulhuda binti Musa Samiri | 20 Januari 2025
Tarikh Input: 10/02/2025 | Kemaskini: 12/02/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN