MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ CANSELOR | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ CANSELOR

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ CANSELOR

KOLEJ CANSELOR  –  Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2024/2025 dengan penuh rasa bangga telah menganjurkan Majlis Pelancaran Logo & Sambutan Jubli Emas Kolej Canselor pada 2 Mei 2025 bertempat di Dewan Kolej Canselor, UPM. Majlis gilang-gemilang ini bermula pada jam 11.00 pagi dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Majlis ini merupakan simbolik kepada 50 tahun kecemerlangan Kolej Canselor dalam melahirkan pelajar berilmu, berdaya saing dan berbakti. Pelancaran rasmi logo Jubli Emas ini menjadi lambang kepada pencapaian kolej sepanjang penubuhannya, serta sebagai penanda aras dalam mengorak langkah ke hadapan dengan lebih gemilang.

Acara ini kemuncak menyusul pada 11.30 pagi dengan gimik pelancaran logo dan tayangan montaj video khas sempena Jubli Emas, diikuti oleh sesi penyerahan plak simbolik pada jam 11.45 pagi. Sesi fotografi bersama tetamu dan warga kolej berlangsung pada 11.50 pagi, sebelum majlis diteruskan dengan jamuan makan tengah hari dan bersurai sekitar 12.30 tengah hari.

 

Pelancaran ini bukan sahaja menyemarakkan rasa bangga dalam kalangan warga kolej, tetapi juga menandakan permulaan kepada pelbagai program istimewa sepanjang tahun sempena sambutan 50 tahun Kolej Canselor.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kolej Canselor atas kejayaan menganjurkan majlis penuh bersejarah ini.

Disediakan oleh: Maizatul Ainaa | 5 Mei 2025

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
W, (05:32:11pm-05:37:11pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]