Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, 10 September 2024 - Seramai 76 orang pelajar UPM menghadiri ke pameran Pasca Normal MADANI di Berjaya Times Square Siri 1 bersama pegawai iringan, Encik Syawal Sauti.
Pameran Pasca Normal MADANI merupakan usaha kerjasama antara Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan CPPFS. Matlamat pameran adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang zaman pascanormal yang kita temui dan menunjukkan bagaimana Dato' Seri Anwar Ibrahim menggabungkan pengalaman politik dan keinginannya untuk pembaharuan dengan pandangan kajian masa depan dan teori masa pascanormal untuk membangunkan pendekatan MADANI – rangka kerja berprinsip dan beretika yang akan membantu kita mengharungi arus badai ke arah masa depan yang lebih cerah untuk seluruh Malaysia.
"MALAYSIA MADANI"
"BERILMU BERBAKTI"
MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ
KOLEJ CANSELOR
SESI 2024/2025
Tarikh Input: 21/10/2024 |
Kemaskini: 21/10/2024 | amira_hadri
PERKONGSIAN MEDIA