KEJOHANAN EGAMES 2025 SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ CANSELOR 2025 | KOLEJ CANSELOR kc
» BERITA » KEJOHANAN EGAMES 2025 SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ CANSELOR 2025

KEJOHANAN EGAMES 2025 SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ CANSELOR 2025

KOLEJ CANSELOR, 25 Mei 2025 - Sekretariat Sukan dan Rekreasi Kolej Canselor telah menganjurkan sebuah program eSukan sempena Sambutan Jubli Emas Kolej Canselor 2025. Program yang berlangsung pada hari Ahad ini berjaya menarik penyertaan ramai peminat eSukan dari seluruh kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia (UPM). EGames 2025 dianjurkan bagi mencungkil bakat pelajar dalam arena sukan digital serta memberi pendedahan terhadap pelbagai nilai positif seperti semangat kerjasama, komunikasi berkesan, perancangan strategi dan disiplin diri. Nilai-nilai ini amat penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian dan juga dunia profesional. 

   

Sebanyak tiga permainan video telah dipertandingkan dalam EGames 2025, iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Pertandingan berlangsung serentak dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan penyertaan aktif daripada pelajar pelbagai kolej kediaman.

Para peserta telah mempamerkan kemahiran dan strategi terbaik dalam usaha merebut gelaran juara, dengan suasana yang penuh semangat dan persaingan sepanjang program berlangsung. Majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan meriah sejurus tamat pertandingan. Hadiah telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Syed Agil Shekh Alsagoff, Pengetua Kolej Canselor, diiringi oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Kolej, Saudara Muhammad Naqib bin Ismail. Para pemenang menerima hadiah berupa hamper, pingat, sijil penyertaan serta wang tunai. EGames 2025 bukan sahaja berjaya mencungkil bakat anak muda dalam sukan digital, malah turut memperkukuh semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan pelajar. Program ini membuktikan bahawa teknologi dan hiburan digital mampu menjadi medium untuk mempererat hubungan komuniti kolej dalam suasana yang sihat, kompetitif dan bermanfaat.

Disediakan oleh: Miza Izzanie Binti Baharuzaman | 25 Mei 2025

Tarikh Input: 10/06/2025 | Kemaskini: 10/06/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
X, (05:08:38pm-05:13:38pm, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]