
KOLEJ CANSELOR — Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej Canselor sesi 2025/2026 telah menganjurkan Program Job Offer Check! Green Flag vs Red Flag secara atas talian melalui YouTube Kolej Canselor UPM (@UPMKC) dengan penyertaan seramai 614 orang pelajar daripada UPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta institusi luar, khususnya pelajar tahun akhir.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penilaian tawaran pekerjaan melalui konsep ‘green flag’ dan ‘red flag’ bagi mengenal pasti majikan berkualiti serta mengelakkan risiko eksploitasi.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam ini menampilkan slot utama bertajuk Preparation for the Next Journey oleh YBrs. Dr. Syarifah Sheril Azlin Syed Baharin, Ketua Seksyen Kaunseling Kerjaya, BKUPM. Turut diadakan sesi soal jawab interaktif bagi membantu peserta memahami aspek penilaian tawaran kerja, termasuk gaji, faedah dan etika majikan.
Inisiatif ini menekankan kebolehpasaran graduan, di samping meningkatkan kesedaran dan keupayaan pelajar dalam membuat keputusan kerjaya yang lebih berinformasi, selamat dan beretika.
Disediakan oleh: Hasya Afrina Binti Mohd Fitri | 6 May 2026
Tarikh Input: 13/05/2026 | Kemaskini: 13/05/2026 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN