KOLEJ CANSELOR – Sekretariat Kediaman dan Kebajikan dengan kerjasama Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan telah menganjurkan Program Jiwa Putra@ Blok: Jaga dan Hargai pada 18 Mei 2025. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan serta menceriakan kawasan blok kediaman di Kolej Canselor. Selain itu, program ini juga menitikberatkan penglibatan aktif pelajar dalam memupuk semangat kesukarelawanan serta meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap persekitaran tempat tinggal mereka. Seramai 58 orang peserta telah terlibat dalam program yang dijalankan di lapan blok Kolej Canselor, iaitu Mahsuri, Masria, Malinja, Murni, Delima, Keranji, Cermai dan Salak. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk menghias papan kenyataan dan mengemas pantri bagi setiap blok.

Program Jiwa Putra@ Blok: Jaga dan Hargai telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan impak yang positif. Blok-blok kediaman kini kelihatan lebih bersih, teratur dan selesa untuk dihuni oleh para pelajar. Di samping itu, program ini turut menjadi platform kepada mahasiswa untuk terus aktif dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti kampus secara menyeluruh.
Disediakan oleh: Nurulhuda Musa Samiri | 26 Mei 2025
Tarikh Input: 05/06/2025 | Kemaskini: 05/06/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN