JELAJAH KAMPUS UTHM DAN UTM | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » JELAJAH KAMPUS UTHM DAN UTM

JELAJAH KAMPUS UTHM DAN UTM

KOLEJ CANSELOR  – Program Jelajah Kampus UTHM dan UTM telah dianjurkan dengan jayanya oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2024/2025. Program ini bertujuan untuk membina dan memperkasakan kepimpinan kolej melalui pendekatan holistik yang mengintegrasikan keterlihatan kepimpinan dan kehidupan kampus universiti awam. Program ini telah dijalankan selama 2 hari, iaitu pada 19 hingga 20 April 2025.

Pada 19 April, seramai 40 orang Majlis Perwakilan Kolej, wakil kelab dari Kolej Canselor serta pihak pengurusan Kolej Canselor telah bertolak ke Kampus Pagoh, UTHM bagi Siri Jelajah Keunikan Kampus dengan kerjasama Majlis Kepemimpinan Pelajar, Kolej Kediaman Kampus Pagoh, UTHM. Aktiviti utama dimulai dengan perjumpaan dalam bilik mesyuarat pihak UTHM untuk bertukar-tukar pengalaman antara sekretariat antara Kolej Canselor, UPM dan Kolej Kediaman Kampus Pagoh, UTHM dan seterusnya kami menjelajah di sekitar Kolej Kediaman Kampus Pagoh dan sekitar fakulti UTHM Pagoh, Johor.

Seterusnya, pada 20 April, peserta telah bertolak ke Kolej Tuanku Canselor untuk sesi bicara pemimpin bersama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tuanku Canselor (KTC) dan Siri Jelajah Keunikan KTC untuk memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin tentang kehidupan kampus di luar UPM. Peserta dapat melihat kawasan sekitar KTC dan sekitar UTM. Peserta juga melawat Stadium Sultan Ismail di Gelang Patah, Johor untuk menjelajah Keunikan Kota Harimau Selatan.

Disediakan oleh: Farah Batrisyia Iwani | 19 April 2025

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
S, (02:33:07pm-02:38:07pm, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]