
24 Mei 2024, Serdang, UPM. – Forum Siswa : “Kebangkitan Panji Timur” ini merupakan antara salah satu sub-program di bawah program besar yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor iaitu Putra Canselor Festival: Generation of Siswa Madani. Forum yang bertajuk Kebangkitan Panji Timur ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan khususnya kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dan masyarakat sekitar Serdang berkaitan dengan situasi yang sedang berlaku di negara Palestin.
Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin adalah semakin hari semakin sukar dan telah menjadi tanggungjawab rakyat di Malaysia untuk membantu mereka di sana, iaitu dengan cara bersolidariti, memboikot dan menyebarkan pengetahuan kepada orang ramai terhadap situasi sebenar yang berlaku. Oleh itu, dengan adanya forum siswa ini ia sedikit sebanyak dapat menunjukkan sokongan dan kecaknaan warga UPM terhadap rakyat Palestin. Forum Siswa yang berlangsung pada tarikh 24 Mei 2024 (Jumaat) ini telah mendapat sambutan yang baik dari mahasiswa UPM dan masyarakat Serdang iaitu sebanyak hampir 150 orang pengunjung telah hadir dan mengikuti forum ini.

Forum ini telah diisi dengan penuh informasi dan pengetahuan yang bermanfaat dan sebelum forum bermula, bacaan Asmaul-Husna telah menjadi pembuka bagi kelancaran forum ini. Seterusnya, forum dimulakan dengan perkongsian dari dua orang panel jemputan iaitu Ustaz Mohd Fadhly Hasbulah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Manis dan Ustaz Dr Ashraff Amirul. Panel-panel telah menceritakan kepada pengunjung tentang situasi sebenar yang berlaku di Palestin dan mengingatkan pengunjung untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk berdepan dengan fasa-fasa akhir zaman ini. Ustaz Manis dan Ustaz Dr Ashraff Amirul juga ada berkongsi tentang 3 perkara yang menjadi asas kepada kejayaan agama Islam dan amalan sebagai umat Islam untuk berdepan dengan fitnah akhir zaman.

disediakan oleh : Nik Nur Amyra Syazwana
Tarikh Input: 18/06/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN