FORUM : CAREER READY FOR INTERVIEW | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » FORUM : CAREER READY FOR INTERVIEW

FORUM : CAREER READY FOR INTERVIEW

KOLEJ CANSELOR  –  Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2024/2025 dengan penuh rasa bangga telah menganjurkan program Forum : Career Ready for Interview pada 23 Mei 2025 bertempat di Dewan Kolej Canselor, UPM dan di dalam talian melalui Youtube Live Kolej Canselor. Majlis ini bermula pada jam 8:00 malam sehingga pukul 11:00 malam dan melibatkan panel yang terdiri daripada alumni Kolej Canselor dan juga Kolej Keenam.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadiri temu duga. Melalui program ini, pelajar didedahkan kepada aspek penting seperti etika berpakaian, teknik menjawab soalan dengan yakin, bahasa badan yang sesuai, serta persediaan mental dan emosi sebelum temuduga.

Acara ini menyusul dengan sesi soal jawab di antara penonton dan juga ahli panel, serta sesi penyerahan cenderamata kepada ahli panel dan moderator pada jam 10.40 malam. Sesi fotografi bersama tetamu dan penonton berlangsung pada 10.45 malam, sebelum majlis bersurai sekitar 11.00 malam.

Diharapkan program ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu berkenaan dengan persediaan sebelum menghadiri temuduga. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kolej Canselor atas kejayaan menganjurkan program ini.

Disediakan oleh: Mohammad Zulkarnain | 6 Jun 2025

Tarikh Input: 23/06/2025 | Kemaskini: 23/06/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
W, (02:26:17am-02:31:17am, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]