FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2024 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2024

FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2024

KOLEJ CANSELOR  –  Pada 27 November 2024 (Rabu) sehingga 29 November 2024 (Jumaat) telah berlangsungnya Festival Idea Putrajaya 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Program ini melibatkan 150 orang pelajar Kolej Canselor yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025, Majlis Perwakilan Kadet Kor SISPA UPM Sesi 2024/2025 dan pelajar Kolej Canselor. Penganjuran festival ini sebagai usaha untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global melalui pendekatan the whole of government.

Antara aktiviti yang dihadiri oleh pelajar ialah Future Higher Education Roadmap, MAGNET (Meet and Greet with International Students in Malaysia), Food Security, Pameran Idea Vault dan Majlis Pertukaran Dokumen MOU/MOA. Pelajar Kolej Canselor tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik demi mendapatkan inspirasi daripada idea-idea inovatif.

Disediakan oleh: Farah ‘Izzati | 2 Disember 2024 

Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
F, (08:48:55am-08:53:55am, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]