ENGLISH LANGUAGE FEST 2024 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » ENGLISH LANGUAGE FEST 2024

ENGLISH LANGUAGE FEST 2024

 

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA, FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI – English Language Fest 2024 telah diadakan pada 18 Disember 2025. Program ini merupakan program anjuran Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa(CALC). Program ini juga diadakan bagi mewujudkan jaringan sosial antara pelajar tahun akhir dan Majlis Perwakilan Kolej Canselor Sesi 2024/2025. Program ini bertujuan bagi menjadikan pembelajaran bahasa Inggeris lebih menarik dan menyeronokkan. Dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan akustik, Pertandingan Pengucapan awam, Pertandingan memasak, pembukaan booth bahasa, Penerokaan, dan pertandingan kostum terbaik. Setiap kolej menghantar seramai 4 orang wakil bagi menjaga setiap booth yang disediakan. Kolej Canselor juga turut tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi pembukaan booth. Wakil yang dihantar ialah seramai 4 orang peserta.

Disediakan oleh: Muhammad Atiq Isyraf Bin Kamarudin | 1 Januari 2025

Tarikh Input: 12/02/2025 | Kemaskini: 25/02/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
S, (09:08:03am-09:13:03am, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]