DESTINASI KERJAYA IDEAL (DKI 2024) | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » DESTINASI KERJAYA IDEAL (DKI 2024)

DESTINASI KERJAYA IDEAL (DKI 2024)

20 MEI 2024, UPM SERDANG - Program Destinasi Kerjaya Ideal telah dianjurkan dengan jayanya oleh Sekretariat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Sekretariat Sukarelawan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor sesi 2023/2024. Program ini dijalankan di Dewan Kolej Canselor bersama panel penceramah Encik Iqbal Ismat bin Nordin, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Bahagian Perolehan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga alumni Universiti Putra Malaysia bagi berkongsi ilmu berkaitan dengan bidang kerjaya, memperoleh sudut pandangan dalam industri dan berinteraksi dengan profesional dalam bidang tersebut.

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan pelajar dengan pandangan yang tidak ternilai, peluang pekerjaan dan bimbingan mentor. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan kemahiran insaniah dan peredaran zaman.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengetua Kolej Canselor, Yang Berbahagia Dr. Syed Agil Sheikh al Sagoff. Program ini berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Penceramah tersebut berjaya menarik perhatian semua mahasiswa yang hadir melalui perkongsian ilmu dan pengalaman beliau yang sangat menarik untuk didengar.


Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 70 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang sangat bersemangat untuk mendapatkan ilmu dan maklumat berkenaan kerjaya masa depan mereka. Di akhir program, sesi soal jawab diadakan untuk memberi peluang kepada para pelajar mengemukakan soalan dan mendapatkan jawapan terus daripada penceramah. Program Destinasi Kerjaya Ideal berakhir dengan pemberian cenderamata kepada penceramah  program, iaitu Encik Iqbal Ismat oleh Pegawai Pemantau Program, Cik Nazibah Binti Kamaruddin dan diiringi oleh pengarah program Destinasi Kerjaya Ideal, Nur Amirah binti Isahak. Akhir sekali sebelum bersurai, sesi fotografi diadakan bersama penceramah dan peserta yang hadir.

Perkongsian Kerjaya daripada Encik Iqbal Ismat

Penyampaian cenderamata penghargaan kepada Encik Iqbal Ismat daripada Yang Berbahagia Dr. Syed Agil Sheikh Alsagoff.

disediakan oleh ; Sujenizswaran A/L Rajah 

 

Tarikh Input: 21/06/2024 | Kemaskini: 21/06/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
X, (03:19:54am-03:24:54am, 30 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]