
KOLEJ CANSELOR – Pada 23 November 2024 (Sabtu) telah berlangsung Delegasi Program Benchmarking & Networking anjuran Kolej Kediaman Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025 bersama pihak pengurusan kolej. Program ini disertai oleh 30 orang Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Canselor dan 38 orang Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP), Kolej Kediaman Kampus Pagoh, barisan felo dan pengurusan dari Kolej Canselor serta pembantu felo dan pengurusan Kolej Kediaman Kampus Pagoh. Program ini diadakan di Dewan Kolej Canselor dan sekitar Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk meluaskan jaringan organisasi kepimpinan serta pemerkasaan usaha kolaboratif dalam menggalakkan transformasi sistem pembangunan sahsiah pelajar melalui kepelbagaian aktiviti di kolej kediaman universiti khususnya.
Antara pengisian sepanjang program berlangsung ialah sesi lawatan ke Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM). Seterusnya, sesi di Dewan Kolej Canselor iaitu sesi perkongsian organisasi MPK Kolej Canselor dan sesi perkongsian organisasi MKP Kolej Kediaman Pagoh. Program ini juga membawa pihak MKP Kolej Kediaman Kampus Pagoh untuk melawat kawasan Kolej Canselor. Program ini juga dapat menjalinkan hubungan baik antara MPK Kolej Canselor dan MKP Kolej Kediaman Pagoh. Semoga dengan adanya penganjuran Delegrasi Program Benchmarking dan Networking anjuran Kolej Kediaman Kampus Pagoh dapat memberi gambaran kepada pemimpin pelajar untuk meluaskan jaringan hubungan dengan universiti awam dan tabah menghadapi cabaran dalam dunia kepemimpinan pelajar serta mampu menyelesaikan masalah yang baik.
Disediakan oleh: Nur Amirah binti Isahak | 2 Disember 2024
Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN