
KOLEJ CANSELOR – Kelab Kejuruteraan Perisian (SEC) dan Majlis Perwakilan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (ComCil) telah menganjurkan Cloud Mastery Bootcamp di Dewan Kolej Canselor, UPM dengan kerjasama Iverson Associates dan Kesatuan Mahasiswa UPM.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada teknologi pengkomputeran awan AWS, dengan penyertaan 50 pelajar yang mengikuti bengkel interaktif seperti AWS Skill Builder - CloudQuest, GameDays, dan AWS PartyRock. Victor Cheah, Pengurus Pembangunan Perniagaan Iverson Associates, turut hadir sebagai penceramah utama.
Selain itu, program ini juga membantu pelajar menguasai teknologi awan dan mempersiapkan mereka untuk pensijilan AWS. Dengan kejayaan program ini, ia diharapkan dapat melahirkan bakat teknologi yang berdaya saing sekaligus menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam era digitalisasi negara.
Disediakan oleh: Nurisma Maryam Bt Mahadir| 5 February 2025
Tarikh Input: 10/02/2025 | Kemaskini: 12/02/2025 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN