Canselor's Freshie O-Week 2.0 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Canselor's Freshie O-Week 2.0

Canselor's Freshie O-Week 2.0

8 Oktober 2023 – Serdang. Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2023/2024 telah mengadakan program orientasi kolej iaitu Canselor's Freshie O-Week 2.0 2023 (CFOW 2.0 2023) yang telah berlangsung di persekitaran Kolej Canselor.

Program orientasi kolej ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar baharu Kolej Canselor sesi 2023/2024 dengan felo-felo yang bertugas di Kolej Canselor serta tempat-tempat di persekitaran Kolej Canselor.

 

Pelajar baharu juga terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti Eksplorasi Canselor, Persediaan Malam Galau Canselor dan Persembahan Malam Galau Canselor. Aktiviti-aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan antara pelajar tahun baharu Kolej Canselor sesi 2023/2024, Majlis Perwakilan Kolej Canselor sesi 2023/2024 dan warga Kolej Canselor.

 

 

Tarikh Input: 18/10/2023 | Kemaskini: 18/10/2023 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdEAG~