Bubur Lambuk | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Bubur Lambuk

Bubur Lambuk

30 April 2021, UPM Serdang -   Kolej Canselor telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk di Balai IImu, Kolej Canselor.    Aktiviti memasak yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej, telah disertai oleh kakitangan Pejabat Am dan Felo Kolej Canselor. 

Aktiviti masak bubur lambuk dapat mengeratkan hubungan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej bersama Pengurusan Kolej serta Felo Kolej Canselor di samping mewujudkan peluang bersedekah dengan memberi sumbangan makanan serta melahirkan kesedaran individu berkaitan penting bersedekah semasa bulan Ramadan. 

 

Aktiviti ini juga dapat membentuk warga Kolej Canselor yang prihatin dan saling bantu-membantu serta melahirkan rasa syukur kepada individu semasa menjalani ibadah berpuasa. 

Sebanyak 400 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada pelajar-pelajar, kakitangan dan Felo-Felo di Kolej Canselor.

Tarikh Input: 06/05/2021 | Kemaskini: 06/05/2021 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEbIA7~