BRAIN WITH BEAUTY ANJURAN GLOBAL FUTURE LEADER DENGAN KERJASAMA KOLEJ CANSELOR | KOLEJ CANSELOR kc
» BERITA » BRAIN WITH BEAUTY ANJURAN GLOBAL FUTURE LEADER DENGAN KERJASAMA KOLEJ CANSELOR

BRAIN WITH BEAUTY ANJURAN GLOBAL FUTURE LEADER DENGAN KERJASAMA KOLEJ CANSELOR

 

KOLEJ CANSELOR – Program Brain with Beauty telah dianjurkan dengan jayanya oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025 bersama Global Future Leader (GFL). Program ini dijalankan secara bersemuka.

Program ini telah berlangsung pada 21 November 2024. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti sesi temubual bersama panel jemputan, Dayah Bakar, sesi soal jawab, dan aktiviti tatarias bersama jurusolek Wardah. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 107 orang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini telah berlangsung selama 3 jam. Kelihatan para peserta sangat teruja dan tidak sabar untuk mendengar kupasan daripada panel jemputan. Pada akhir program, sesi fotografi diadakan bersama semua peserta program Brain with Beauty 2024 sebelum bersurai.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan pihak penganjur berharap agar program ini dapat diadakan pula pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Nurkhairunnisa’ Binti Baharom | 21 November 2024

Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
W, (02:18:22pm-02:23:22pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]