BOLLYWOOD BASH: MALAM WAYANG BUDAYA | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » BOLLYWOOD BASH: MALAM WAYANG BUDAYA

BOLLYWOOD BASH: MALAM WAYANG BUDAYA

KOLEJ CANSELOR - Kelab Kebudayaan India Canselor (KKIC) dengan kerjasama Sekretariat Kerohanian, Perpaduan dan Pembangunan Insaniah (SKPPI) serta Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Canselor telah menganjurkan program Bollywood Bash: Malam Wayang Budaya pada 14 hingga 15 Jun 2026 di Dewan Kolej Canselor sebagai inisiatif pengumpulan dana bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dan program kelab pada masa hadapan.

Di samping itu, program ini turut bertujuan menyediakan platform hiburan yang bermanfaat serta memperkenalkan budaya India kepada warga kolej melalui medium filem. Program ini menampilkan tayangan filem Hindi Dilwale pada hari pertama dan Chennai Express pada hari kedua, dengan penyertaan kira-kira 20 orang peserta pada hari pertama yang meningkat kepada sekitar 30 orang pada hari kedua. Sepanjang program berlangsung, jualan makanan dan minuman seperti popcorn, pelbagai jenis snek, Coca-Cola dan teh limau turut diadakan bagi menambah dana program serta memberikan kemudahan kepada para peserta.

Program ini bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana yang kondusif dan menghiburkan, malah turut menggalakkan interaksi dalam kalangan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya serta mempromosikan kepelbagaian budaya India kepada warga Kolej Canselor. Walaupun terdapat beberapa peserta yang tidak hadir selepas membuat pendaftaran, keseluruhan perjalanan program telah dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama, komitmen dan penyelarasan yang baik daripada semua ahli jawatankuasa.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan sebagai medium pengumpulan dana, platform pengenalan budaya serta aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kolej.

Disediakan oleh: HEGASHRI DEVI A/P SHANMUGAM | 15 June 2026

Tarikh Input: 14/07/2026 | Kemaskini: 14/07/2026 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
X, (06:48:32am-06:53:32am, 02 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]