BENGKEL PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » BENGKEL PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS

BENGKEL PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS


KOLEJ CANSELOR  –   Pada 29 Disember 2024 (Ahad) telah berlangsung Bengkel Protokol dan Etiket Majlis anjuran Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2024/2025 bersama pihak pengurusan kolej. Program ini diadakan di Dewan Kolej Canselor dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Seramai 46 orang telah menyertai program ini iaitu terdiri daripada Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Canselor dan Ahli Jawatankuasa Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat (SPKK). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada individu khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia untuk menguasai kemahiran pengurusan majlis seterusnya mengaplikasikannya di peringkat kolej, malahan bagi peringkat yang lebih tinggi.

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung ialah slot Asas Protokol dan Etiket Majlis bersama panel penceramah Cik Nazibah Kamaruddin, Ketua Bahagian, Perpustakaan Sultan Abdul Samad merangkap Timbalan Ketua Felo Kolej Canselor. Slot ini memperkukuhkan pengetahuan pelajar mengenai tanggungjawab unit protokol, susun atur dan gelaran tetamu kehormat. Seterusnya, slot Simulasi Etiket Makan Beradab bersama panel penceramah YBhg. Prof. Dr. Muhammad Shahrim Ab Karim, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Slot ini mengetengahkan prosedur sebelum, semasa dan meninggalkan majlis serta peraturan-peraturan di dalam majlis. Simulasi mengenai etiket makan beradab juga dilaksanakan bagi memberi pengalaman dan pemahaman yang lebih mendalam tentang penetapan meja serta susun atur dan fungsi perkakasan.

Diharapkan agar dengan adanya penganjuran Bengkel protokol dan Etiket Majis dapat membentuk keyakinan diri pelajar untuk mengendalikan majlis formal atau tidak formal. Seterusnya, memperkukuh imej Universiti Putra Malaysia sebagai sebuah institusi yang mementingkan etika, profesionalisme dan kecekapan dalam pengurusan majlis.

Disediakan oleh: Asmaa Azman | 4 March 2025

Tarikh Input: 11/03/2025 | Kemaskini: 11/03/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
S, (11:12:56am-11:17:56am, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]