
KOLEJ CANSELOR – Aloha Food Festival 2.0 telah berjaya dianjurkan selama lima hari bermula 17 November 2025 hingga 21 November 2025 bertempat di tempat letak kereta Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej Canselor dengan kerjasama Persatuan Anak Negeri Selangor (PERMAS) dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kampus.
Sepanjang penganjuran Aloha Food Festival 2.0, pelbagai gerai makanan dan minuman telah dibuka, menampilkan aneka hidangan tempatan serta makanan popular yang menjadi kegemaran para pelajar. Program ini bukan sahaja bertujuan menyediakan pilihan makanan yang pelbagai kepada pelajar, malah berperanan memeriahkan suasana kolej serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kolej Canselor.
Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan band jemputan yang menghiburkan para pengunjung sepanjang festival berlangsung. Alunan muzik dan nyanyian lagu-lagu popular berjaya mencipta suasana santai dan ceria, sekali gus menarik kehadiran pelajar daripada pelbagai kolej kediaman. Warga Kolej Canselor berpeluang menikmati hiburan secara langsung sambil menjamu selera bersama rakan-rakan.
Penganjuran Aloha Food Festival 2.0 membuktikan komitmen Majlis Perwakilan Kolej Canselor (MPK) dan PERMAS dalam menyediakan program berimpak positif yang bukan sahaja memenuhi keperluan pelajar, malah menyumbang kepada pembentukan suasana kampus yang lebih harmoni dan berdaya hidup. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh warga Universiti Putra Malaysia.
Disediakan oleh: Norfarhan Norazman | 27 Disember 2025
Tarikh Input: 04/02/2026 | Kemaskini: 04/02/2026 | amira_hadri

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN