Kolej Canselor mempunyai 9 buah blok (5 blok perempuan iaitu Blok Malinja, Masria, Mahsuri, Murni dan Cermai. Manakala blok lelaki mempunyai 3 blok iaitu Blok Keranji, Delima dan Salak. Terdapat juga Blok MSN yang menempatkan atlet-atlet UPM lelaki dan perempuan yang bernaung dibawah MSN dengan kapasiti semasa keseluruhan yang boleh diisi adalah seramai 1478 orang pelajar.
Kolej Canselor mempunyai 739 buah bilik (2 orang sebilik) dan 4 buah Dorm (Lelaki dan perempuan) yang boleh menempatkan seramai 10-14 orang setiap dorm. Penginapan yang disediakan juga dibuka untuk penyewaan kepada pihak luar terutama ketika cuti semester. Kadar bayaran untuk setiap penginapan adalah berbeza mengikut kategori.