Nurul Azween | 6 Jun 2023 – Khamis

SEOUL– Bermula 3 Mei sehingga 16 Mei 2024 , Sekretariat Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Perwakilan Kolej Canselor sesi 2023/2024 telah berjaya melaksanakan satu program mobiliti outbound, Canselor Heritage Seoul-cial Exchange (CHEX) ke bandar bersejarah Seoul, Korea Selatan . Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan diiringi oleh dua orang pegawai pemantau yang terlibat dalam program ini. Fokus utama bagi program ini adalah untuk memupuk pertukaran budaya dan persefahaman bersama antara rakyat Malaysia dan Korea Selatan. Hal ini boleh dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana, termasuk lawatan ke Korea University, Seoul dan tempat-tempat tarikan yang mempamerkan sejarah dan warisan Korea Selatan.
Pada 9 Mei, International Student Festival (ISF) yang diadakan oleh Korea University di Minju Square, Korea University, tidak hanya sekadar tempat pertemuan budaya; ia merupakan festival yang memancarkan kepelbagaian dan warisan dari seluruh dunia. Pameran Malaysia yang diwakili oleh pelajar dari Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), menarik perhatian ramai pengunjung dari pelbagai negara dengan konsep "rumah terbuka" sempena bulan Syawal. Pelajar UPM juga memperagakan pakaian tradisional Melayu dan menyajikan hidangan tradisional seperti rendang dan kuih raya, menambahkan warna kepada festival ini. Aktiviti mencanting batik turut disediakan untuk pengunjung, sementara persembahan zapin oleh pelajar UPM menambah kehangatan dan kegembiraan dalam acara tersebut, menyelaraskan hasrat Malaysia Madani untuk mempromosikan budaya Malaysia. Keindahan budaya Melayu melekat dalam festival ini, meninggalkan kesan yang mendalam pada semua pengunjung yang hadir.
Sepanjang program Canselor Heritage Seoul-cial Exchange (CHEX) berlangsung, pelajar-pelajar dari Kolej Canselor, UPM dapat mendalami dan menjiwai budaya di Korea Selatan. Pelbagai tempat-tempat yang telah diterokai seperti Seoul Central Mosque, Gyeongbokgung Palace dan banyak lagi. Dari kesibukan jalan di Myeongdong hingga ketenangan di Han River, para peserta dapat menjiwai tenaga dinamik dan keindahan semula jadi Seoul. Melalui pelbagai aktiviti budaya dan interaksi bersama penduduk tempatan di sana, kami telah memperoleh pengalaman yang berharga tentang adat dan cara hidup di Seoul.

Bergambar di Lapangan KLIA sebelum berlepas ke Seoul.

Persembahan Zapin dari pelajar UPM di International Student Festival (ISF)

Sesi Perkongsian daripada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Seoul.

Lawatan ke Seoul Central Mosque, Itaewon
Pelajar UPM memperagakan baju tradisional Hanbok di Gyeongbokgung Palace, Seoul
Tarikh Input: 07/08/2024 | Kemaskini: 07/08/2024 | fuziah

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN